Tuesday, August 10, 2010

Selamat Beribadat di bulan Ramadhan



“Barangsiapa Yang Berpuasa Ramadhan Kerana Keimanan Dan Mengarapkan Rahmat Allah, Maka Diampunkan Dosa-dosanya Yang Terdahulu” – Hadith Riwayat Bukhari

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu 'al-Rayyan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya." (HR. Muslim, dari Sahl Ibn Sa'd).

Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah :

IMAN:
1. Bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh.

2. Berazam meninggalkan segala maksiat.

3. Sentiasa berdoa “Allahumma Ballighna Ramadhan”.

4. Perbanyakkan puasa di bulan Syaaban.

5. Membaca Al-Qur’an (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

7. Berzikir setiap masa.

8. Membaca Al-Ma’thurat pagi dan petang.


ILMU:
1. Mempelajari hukum-hukum dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan ibadah puasa, agar ibadah puasa itu dapat dijalankan dengan betul dan diterima oleh Allah SWT.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmum di bulan Ramadhan.


DAKWAH:
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ ceramah tentang kelebihan bulan Ramadhan.

2. Meluangkan masa menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Menyediakan risalah/ majalah kecil untuk orang ramai tentang persediaan menyambut Ramadhan.


KEAZAMAN:
1. Membuka amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.


JIHAD:
1. Merealisasikan matlamat “bersungguh-sungguh melawan nafsu”.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.


“Allahumma Ballighna Ramadhan” merupakan doa dan harapan, menunjukkan betapa hamba-hamba yang soleh mengidam dan tamakkan limpahan Allah (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka) dalam bulan ini. Para ulamak dan solihin terdahulu bersiap menunggu kedatangan Ramadhan bagi tujuan mengharapkan keampunan Allah pada sepanjang Ramadhan. Oleh itu, kita hendaklah menghargai bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi ini dan tidak mensia-siakannya dengan membiarkannya berlalu tanpa dimanfaatkan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya...

Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan. Ramadhan Mubarak!

No comments:

Post a Comment